Wednesday, July 28, 2010

Kelas 5ma sahaja yang dapat mewarnakan batik.Kami juga diberikan masa untuk melihat dan mencuba permainan tradisional.Selepas itu masa untuk pulang!Hooray!!!!!
Keesokkan hari,kami pergi ke pameran itu lagi dan belajar bagaimana cara untuk menulis Sekolah Rendah Eunos dalam bahasa Jawi.Sungguh seronok sekali.Rakan saya yang bernama Tata menceritakan kami cerita tentang seorang anak yang tidak ada budi bahasa.
Pada hari Bulan Bahasa,saya dan semua kawan-kawan sedarjah,pergi ke pameran Bulan Bahasa di kolong blok yang berdekatan dengan lif sekolah.Dahulu ketika di Indonesia,mereka tidak ada televisyen,mereka menggunakan wayang kulit.Cikgu Elisya mempersembahkan kami satu cerita yang bertajuk 'Si Tanggang'.
Hari Keempat(di Singapura)

Di dalam perjalanan ke sekolah,kami semua berborak-borak di dalam bas.Semua di dalam bas menalifon ibu bapa mereka.Setelah sampai di sekolah,Cikgu Hoirull memberi tahu untuk berehat di rumah.Saya berasa gembira sehingga saya tidak boleh berhenti menceritakan pengalaman di situ kepada keluarga saya.
Hari Keempat(tengah hari)

Setelah melawat tempat membuat baulu,kami pergi ke satu bilik untuk makan makanan tengah hari.Setelah itu kami bersalam-salaman dan terus menaiki kereta dahulu lalu bas untuk ke Singapura.
Hari keempat

Hari itu,hari untuk pulang ke Singapura!Aku berasa sangat gembira dan sedih juga kerana kami akan meninggalkan kampung ini,untuk sekarang.Kami telah diajar untuk membuat batik dan membeli sedikit cenderah hati untuk keluarga kami.Kami dapat juga merasa baulu yang sungguh ranggup.
Hari ketiga(malam)

Malam itu,kami sudah diberi peluang untuk melihat bagaimana,orang Minang Kabau berkahwain.Juga dua daripada yang rakan saya telah menjadi pengantinnya.
Lelaki:Abdilla (5/3)
Perempuan:Iasmin 4/2
Kami juga diberi peluang untuk mempersembahkan Tarian Piring dan permainan 'Caklempong'.Pada akhirnya,kami semua telah diberi sedikit cenderah hati dari sana.Dan cikgu Asiyah juga memberi hadiah untuk tanda kehormatan.
Hari ketiga(petang)

Petang itu,kami diajar oleh abang-abang cara untuk bermain permainan 'Caklempong'.Sungguh seronok sekali!Setelah itu,kami juga diajar bagaimana untuk menari 'Tarian Piring' oleh kakak-kakak yang hebat.Tetapi saya lebih berasa seronok untuk bermain 'Caklempong'.Setelah itu kami membuat senaman yang bernama Poco-Poco
.Ibu-ibu angkat kami yang mengajar.Kemudian,kami bermain permainan-permainan tradisional.Seronok sungguh.

Tuesday, July 27, 2010

Hari kedua:

Setelah siap-siap untuk ke Kampung Pelegong,kami bersarapan di cafe yang terletak di sebelah tempat melatak kereta.Setelah sampai di situ,kami ke air terjun yang 5 kilometer jauh.Penat sungguh kami semua berjalan.Ia mengambil sekira-kiranya 30 minit untuk sampai kesana.Tujuan kami ke sana ialah untuk menahui dalam tentang alam sekitar di sana.Setelah itu kami diberi masa untuk makan makanan tengah hari kami di situ juga.Setelah itu,cikgu menerangkan kepada kami bagaimana cara untuk menulis sajak yang bagus.Juga kak Erma mendendangkan sajak yang telah ditulis olehnya.
Hari Pertama:

Hari ini aku dan rakan-rakanku akan berangkat ke Pelegong,Negeri Sembilan,Malaysia.Ia mengambil sekurang-kurang 5 jam untuk ke sana.Setelah sampai ke Melaka,Cikgu Khadijah memberi seorang sepuluh ringgit untuk membeli makan tengah hari kami.Sudah sampai di Kampung Pelegong,kami diajar membuat bakul daripada rotan.Sekira-kiranya dalam 7 malam,kami pergi ke tempat rehat kami yang bernama Seri Malaysia Hotel.